Tuesday 20 December 2011

Manisnya Abby Abadi!

Itulah kuasa Allah SWT.

Dalam pada kuatnya sekutu BN menghentam Islam, masih ada juga yang sanggup berhijrah kepada Islam.

Bukan sebarangan orang, selebriti juga sudah ramai yang berpaling kepada ajaran Islam sebenar.

Lihat gambar ini, wanita manis dan menawan itu ialah pelakon terkenal siri Gerak Khas Abby Abadi (janda Norman Hakim) ketika hadir ke kuliah Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini.

Kita harap muslimat PAS atau Nisa’ cepat-cepat programkan dia untuk turun dengan mesej dakwah!

Thursday 3 November 2011

Akta Kerja tidak peduli hak pekerja

Muhammad Faizal
SHAH ALAM, 3 Nov: Himpunan yang dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di sini hari ini menyaksikan pekerja-pekerja kilang hadir memberi sokongan kepada perjuangan yang dibawa oleh MTUC terhadap Akta Kerja 1955 yang dilihat telah merampas hak pekerja.

Akta yang telah diluluskan di parlimen pada 6 Oktober yang lepas menyaksikan kerajaan akan mengembalikan sistem kontrak yang telah dihapuskan oleh penjajah British sewaktu Akta Kerja digubal pada tahun 1955 dulu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut hadir memberi sokongan kepada tuntutan hak pekerja itu berkata, akta tersebut dibuat secara haram tanpa mempedulikan hak pekerja di negara ini.

"Sambutan amat baik sekali kita lihat pada hari ini begitu juga sokongan pekerja-pekerja yang balik dari kerja dan mereka singgah bagi memberi sokongan agar kerajaan menarik balik akta yang zalim itu.

"Saya melihat akta ini dibuat secara haram tanpa mempedulikan hak seorang pekerja, yang mana kita lihat kelulusan yang diperolehi oleh akta tersebut maka pekerja kontrak akan terus menjadi pilihan kepada setiap majikan dan ini kerana majikan tidak akan menanggung kos yang tinggi jika mereka mengambil pekerja kontrak.

"Kita tahu setiap pekerja kontrak tidak mempunyai potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga SOCSO, jadi tiada lagi kos tambahan ditanggung oleh majikan," jelasnya.

Beliau memberitahu risiko yang paling besar akan dihadapi oleh pekerja adalah mereka tidak mempunyai perlindungan keselamatan yang akan menimbulkan kesulitan yang besar kepada pekerja dan juga keluarga mereka jika sesuatu terjadi ke atas diri mereka sewaktu menjalankan tugas.

Mantan Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud yang juga turut serta piket tersebut memberitahu piket hari ini merupakan satu isyarat jelas yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

"Kerajaan perlu memandang serius apa yang berlaku hari ini kerana ia baru permulaan dan kita akan pastikan perhimpunan bantahan ini akan terus diadakan selagi kerajaan mengambil sikap berdiam diri.
"Kita tidak pasti kesan yang akan kita perolehi melalui apa yang berlaku hari ini tapi saya pasti kerajaan akan buka mata bahawa pekerja di negara ini tidak lagi boleh ditindas sesuka hati mereka," katanya.

Sebelum itu piket yang berlangsung hampir sejam setengah itu dihadiri seramai 250 orang pekerja dari pelbagai kilang dan juga agensi.

Perhimpunan itu berlangsung secara aman dan pihak polis telah bertindak mengawal lalu lintas bagi mengelakkan kesesakan. ( diambil dari www.gigitankerengga.blogspot.com )

Tuesday 1 November 2011

Keratan penuh akhbar Australia sahkan perbelanjaan anak Najib

KUALA LUMPUR 2 Nov: Sebuah blog menyiarkan keratan penuh laporan akhbar The West Australian yang mendedahkan perbelanjaan delegasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menghadiri Persidangan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth Australia.

Akhbar itu mendedahkan tabiat buruk ‘Wanita Pertama’ dan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak yang membelanjakan ratusan ribu ringgit di sebuah gedung membeli belah terkemuka di negara itu.


Blog MiLo SuaM memperoleh keratan penuh laporan akhbar berkenaan bertajuk “Delegates go shopping, sightseeing”, bertarikh 31 Oktober lalu.

Sebelum ini kesahihan berita The West Australian itu kononnya dipertikai kerana hanya berpandu satu salinan keratan berita kecil tanpa tarikh dan logo akhbar berkenaan.

Isnin lalu, Keadilan Daily memetik akhbar berkenaan yang melaporkan anak gadis Datuk Seri Najib Razak membelanjakan sekurang-kurangnya $60,000 (RM195,000) untuk membeli belah di Perth.

Selain itu, ia juga menyiarkan berita seorang Wanita Pertama membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat.

Blogger dan peminat politik Malaysia mengaitkan wanita berkenaan dengan Datin Seri Rosmah Mansor- yang sebelum ini menggelarkan dirinya sebagai First Lady Of Malaysia atau Wanita Pertama Malaysia.

Rombongan berkenaan turut disertai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas.

Menurut laporan akhbar West Australian, kesempatan menghadiri persidangan Komanwel itu memberi peluang kepada mereka berbelanja sakan.

“Beberapa peniaga di bandar, memperoleh untung besar, apabila seorang wanita pertama diketahui membeli $150,000 untuk mutiara di West Australia, sementara anak perempuan perdana menteri Najib Razak dipercayai membelanjakan & $60,000 di David Jones,” petik akhbar itu.

Richard Muirheand, Pengarah Negeri bagi CHOGM 2011 berkata, masa berbelanja dan aktiviti lapang telah diatur untuk delegasi di luar jadual CHOGM.

http://www.keadilandaily.com

Monday 31 October 2011

Rosmah Mansor beli mutiara $150,000 di Perth, Australia

ISTERI Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang diketahui umum sebagai seorang yang boros dan gemar bermewah-mewahan dengan pelbagai barangan mahal, kali ini kantoi lagi.

Sewaktu mengikuti suaminya Najib Razak ke persidangan negara-negara komenwel, CHOGM di Perth Australia, menurut Akhbar The West Australia, Rosmah Mansor dilaporkan telah membeli sejumlah mutiara bernilai $150,000 (RM387,888).

Malah anak perempuannya juga turut berbelanja sakan di David Jones sehingga $60,000 (RM193,944).



Suaminya menyarankan agar rakyat semua berbelanja secara berhemah memandangkan ekonomi berada di dalam keadaan yang tidak menentu. Dalam masa yang sama isteri dan anaknya sendiri berbelanja sakan bagaikan tiada hari esok.


Rosmah Mansor bergaya dengan perhiasan mutiara bersama delegasi asing

( Sila rujuk www.milosuam.blogspot.com )

Tuesday 25 October 2011

Pulau Pinang Bayar Hutang RM600 Juta Hanya Dalam Tiga Tahun!


Jika anda mahukan negeri yang benar-benar cekap, lihatlah Pulau Pinang.

Memang diakui dengan kepesatan pelaburan asing secara langsung (FDI) sejak tiga tahun lalu setelah menumbangkan rejim Barisan Najis, Pakatan Rakyat berjaya juga melupuskan ratusan juta hutang yang ditinggalkan sejak merdeka hinggalah Koh Tsu Koon tumbang di Pulau Mutiara.

Hanya dalam tempoh TIGA TAHUN saja, lebih 95 peratus hutang yang ditimbun Barisan Najis berjaya dilangsaikan hasil kecekapan pentadbiran kerajaan negeri yang mengamalkan slogan Cekap, Akauntibiliti dan Telus (CAT).

Belum ada mana-mana negeri di Malaysia termasuk negeri yang diperintah Umno-APCO sejak merdeka berjaya mengurangkan hutang negeri kepada kerajaan persekutuan.

Johor misalnya, terus menambah hutang biarpun dimomokkan dengan kemasukan pelabur asing terutamanya dari Singapura yang merompak tanah di Iskandar Malaysia sejak dperkenalkan dua tahun lalu.

Dan Melaka juga tidak ketinggalan terus berhutang biarpun kununnya hasil pendapatan kerajaan negeri meningkat sejajar dengan kemasukan pelancong asing ke negeri itu sejak 2003.

Masing-masing menunjuk hebat semuanya berjaya tetapi mengapa terus berhutang sedangkan sepatutnya pendapatan yang diperolehi mestilah ada peratusan yang perlu digunakan untuk membayar kembali hutang kepada persekutuan?

Apa yang tidak kenanya di sini?

Apakah sehingga laporan Ketua Audit Negara perlu dibaca bersama-sama dengan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia serta laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, baru hendak kelam kabut?

Mengapa tidak melihat Pulau Pinang sebagai contoh terbaik melangsaikan hutang?

Mudah saja, sebab ia di bawah Pakatan Rakyat dan Najib Altantuya sendiri pun tidak bertegas dengan menteri besar serta ketua menteri mengingatkan mereka supaya membayar hutang tertunggak jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil Pejabat Peguam Negara.

Itulah sebabnya Malaysia harus segera diselamatkan kerana jika terlambat, setiap rakyat terpaksa dibebani hutang akibat salah urus tadbir kewangan dan ketirisan yang berlaku sejak 54 tahun lalu.

JALAN PULANG

Belanjawan 2012 mencatat defisit RM213.71 juta walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang mempunyai Simpanan Terkumpul Negeri sebanyak RM572.49 juta, sehingga Disember 2010.

Ketika membentangkan Bajet 2012, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata belanjawan defisit tahun ini dijangka tidak akan melibatkan kepada pengurangan yang drastik kepada jumlah Simpanan Terkumpul Negeri.

"Sungguhpun defisit sebanyak RM107.78 juta telah dijangka dalam bajet tahun semasa 2011, namun dijangka kerajaan negeri masih berupaya mencatatkan lebihan iaitu untuk empat tahun berturut-turut," ujarnya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Georgetown.

Beliau berkata, kira-kira RM600.47 juta atau 95.29 peratus hutang kerajaan negeri berjaya dilangsaikan sejak Mac 2008 dan baki semasa hutang kerajaan negeri ialah RM29.66 juta sahaja.

Baki hutang semasa ini adalah meliputi RM27.51 juta untuk 11 Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan RM2.15 juta bagi projek 'Indoor Archade & Seafood Centre' di Batu Kawan.

"Dengan kata lain, Pulau Pinang mencatatkan pengurangan hutang RM600.47 juta ataupun 95.29 peratus dalam tiga setengah tahun ini; iaitu kadar yang paling cemerlang dia antara semua negeri di Malaysia," ujar beliau.( www.jalanpulang1978.blogspot.com )

Monday 24 October 2011

Laporan Audit Negara : MARA Beli Barangan 100 Kali Ganda Harga Pasaran


KUALA LUMPUR 24 OKT: Laporan Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan dana yang diperolehnya secara keterlaluan untuk mendapatkan beberapa peralatan tertentu.

Mengikut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, peruntukan RM54 juta yang dimiliki agensi itu dibelanjakan untuk membeli peralatan seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Jumlah itu merupakan dana yang disediakan di bawah program rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.

Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:

Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419

Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100

Dua dapur gas pembakar pada harga RM200 setiap satu berbanding harga pasaran RM59.90

Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, berbanding harga pasaran RM79.

Pengisar pada RM140 dan berbanding harga pasaran RM60.

Ketuhar yang dimaksudkan itu digunakan untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan

Manakala, katil boleh lipat itu digunakan untuk kursus urutan secara tradisional bagi ibu selepas bersalin dan mesin gunting rambut digunakan untuk kursus menggunting rambut.

Laporan tersebut mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan, dipetik portal Malaysia Kini.( www.malaysiaberih.blogspot.com )

Sunday 23 October 2011

Pakatan sertai piket MTUC 3 November


Hazayani Zakaria
SHAH ALAM, 23 Okt: Pakatan Rakyat akan bersama-sama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam piket besar-besaran serentak di seluruh negara, 3 November depan.

Piket tersebut bagi membantah Akta Kerja (Pindaan) 2000 yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum pembentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini.

Akta ini membolehkan majikan mengambil pekerja secara kontrak melalui agensi yang dilantik sebagai orang tengah di antara majikan dan pekerja.

Agensi yang membekalkan pekerja secara kontrak akan dilembagakan dan dikitiraf kerajaan.

Bercakap pada sidang media di Pejabat PAS Selangor, dekat sini hari ini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, PAS menyokong penuh tindakan MTUC menganjurkan piket tersebut kerana nasib pekerja bawahan semakin tidak terbela apabila semakin banyak pekerja kontrak diambil.

"Penentangan MTUC memang ada asas dan PAS sokong MTUC supaya hak dan kedudukan pekerja lebih terjamin pada masa hadapan.

"Majikan lebih suka ambil pekerja secara kontrak bagi mengelak tanggungjawab dan pembekal kontrak dilembagakan dan diktiraf kerajaan," kata beliau.

Pengerusi Biro Pekerja PKR, Abdullah Sani pula berkata, kerajaan BN mahu menghidupkan kembali perhambaan pekerja seperti pada tahun 1955 dahulu.

"Isyaratnya pindaan akta ini akan membunuh generasi akan datang.

"Umno menghalalkan perhambaan moden yang akan menyaksikan pekerja terus menjadi hamba kepada syarikat korporat.

"Sebanyak 277 agensi yang bergerak secara bebas dalam negara dan 42 peratus mereka merupakan kontrak yang bukan digajikan oleh syarikat utama, hampir 5,000 pekerja terlibat.

"Dengan adanya agensi perjanjian di antara majikan dan pekerja tidak ada yang banyak mengabaikan nasib pekerja termasuk tiada pemotongan Socso," katanya.

Mengulas lanjut mengenai Piket, beliau yang juga Ahli Majlis Am MTUC, berkata di Selangor piket akan diadakan di Seksyen 15 dan Teluk Panglima Garang.

Manakala di Wilayah Persekutuan kemungkinan akan diadakan di Jalan Raja Laut.

"Ini juga termasuk di Sabah dan Sarawak," katanya yang juga Ahli Paelimen Kuala Langat.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Pekerja PAS Pusat, Anuar Tahir berkata, pihaknya akan memobilisasi ahli agar turun bersama-sama pekerja dalam piket ini.

Menurutnya juga, siri penerangan kepada masyarakat akan bermula malam ini dengan ceramah di Ipoh, Perak.

Di peringkat Wilayah Persekutuan akan diadakan ceramah di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuiszm), Taman Melewar pada 28 Oktober.

"Kita akan bagi sokongan penuh kepada MTUC seperti piket Nation White menuntut gaji minima tahun lalu.

"Pilihan raya umum akan datang, rakyat akan memilih samaada nak pilih pemimpin yang menghambakan pekerja atau memerdekakan pekerja," katanya.(Harakah)

Beg tangan Rosmah berharga RM28,000 hingga RM472,000

mohdnoorawang

Datin Seri Rosmah Mansor isteri perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dikatakan memiliki BAG TANGAN MEWAH BERJENAMA BIRKIN. Rosmah Mansor dikatakan membeli dan memakai BAG TANGAN MEAWAN JENAMA BIRKIN SEBANYAK 11 (SEBELAS BIJI BAG TANGAN MEWAH JENAMA BIRKIN BERHARGA SETIAP SATU US9,000 HINGGA US150,000 (DALAM RINGGIT MALAYSII SETIAP SATU BAG TANGAN BERHARGA RM28,000 HINGGA RM472,000)

Bag tangan jenis mewah berjenama birkin adalah bag barang mewah dan keluarannya cukup ekslusif dan edisi kelurannya terhad, mengikut tempahan dari pembeli dan pemilik. Jenama bag tangan Birkin adalah barang meawah yang hanya dibeli dan dimiliki oleh orang yang kaya raya. Satu lambang kemewahan.

Dalam sidang dewan rakyat tukang cakap dewan Datuk Nazri Aziz tidak memberi jawapan berapa biji bag tangan jenama dan berapa harga sebiji tangan mewah jenama Birkin. Solan asal ditanya oleh wakil Parlimen Serdang Yb. Teo Nie Ching dalam sidang dewan rakyat.

Untuk makluman bag tangan mewah jenama Birkin diperbuat oleh Hermes dan nama bag tangan Birkin semperna nama penyanyi / pelakon Britain Jane Birkin.

Jika bag tangan Birkin milik Rosmah berharga satu sebanyak RM28,000 (harga paling rendah). Rosmah dikatakan memiliki 11 sebelas biji Birkin yang dianggarkan RM28,000 x11 biji. JADI BERAPA HARGA BAG TANGAN ROSMAH?.

Tuan dan puan jawap sendirilah, Tapi bagaimana pun kalau Rosmah memiliki BAG TANGAN MEWAH JENAM BIRKIN YANG BERHARGA RM472,000 (US150,000) DIKALI DENGAN 11 BIJI?.

Hancur hancur kalau begitu perangai Rosmah bini najib Razak. Syabas kepada Yb. TEO NIE CHING ( PARLIMEN SERDANG DARI DAP). Mengemukakan soalan bertulis yang gagal dijawap dan tidak dijawap oleh tukang cakap dewan rakyat Datuk Nazri Aziz.

Rakyat fikir fikirlah dan cuba teka berapa harga BAT TANGAN ROSMAH SEBENAR DAN BERAPA BIJI BAT TANGAN MEWAH JENAMA BIRKIN? ( dari blog www.gigitankerengga.blogspot.com )

Saturday 22 October 2011

Anak Ghadaffi pula terbunuh


Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), mengesahkan seorang anak Gaddafi, Mo’tassim juga terbunuh dan mayatnya dibawa ke Misrata, barat Sirte, tempat dia dan bapanya ditangkap lapor Reuters.

Seorang doktor, Ibrahim Tika memberitahu televisyen Al Arabiya, Mo’tassim mati selepas kematian bapanya.

“Terdapat kecederaan besar di dada dan bawah lehernya. Ada tiga kecederaan di belakang tubuh dan di belakang kaki.

“Ada juga kesan tembakan pada kakinya, tetapi ia luka yang dialaminya beberapa hari lalu. “Keadaan pendarahannya membuktikan dia dibunuh selepas Gaddafi,” kata Ibrahim.

Detik-detik sebelum Mo'tassim dipercayai "dihukum mati" oleh kumpulan penentang:

Alive: Mutassim Gaddafi drinks water and smokes a cigarette before his death in Sirte

A wound is visible on Moutassim's neck and his clothes are spattered with blood as he looks resigned to his fate

Moments before death: Mutassim lies on a sofa, his white vest bloodied after his capture
sila rujuk dalam blog www.siasahkini.blogspot.com

Friday 21 October 2011

Syarikat Umno ambil wang, tapi jalan tak bina


PETALING JAYA: Kerajaan Kelantan mendakwa sebuah syarikat kontraktor milik pemimpin Umno negeri tidak melaksanakan projek walaupun telah menerima wang pendahuluan sebanyak RM5 juta.

Exco Datuk Husam Musa berkata, syarikat berkenaan mendapat projek pembinaan jalan raya empat lorong dari Kota Baru ke Melor.

Beliau ternyata berang dengan tindakan syarikat tersebut.

“Kembalikan wang pendahuluan itu jika tidak mahu bina jalan,” katanya tetapi tidak menyebut kos projek berkenaan.

Husam juga mendakwa kerajaan pusat meminggirkan projek pembinaan jalan dari Kota Baru ke Kuala Krai menyebabkan ia terpaksa dibina oleh kerajaan negeri.

Katanya, projek itu diluluskan untuk pembinaan dalam Rancangan Malaysia Ke 10 tetapi akhirnya ditarik balik dengan alasan kerajaan pusat tidak ada peruntukan kewangan.

Projek tertangguh

“Jadi sudah 15 tahun projek itu tertangguh menyebabkan kerajaan negeri membina sendiri denmgan kerjasama syarikat swasta.

“Dan jangan kata ini projek pilihan raya umum ke 13,” katanya lagi.

Menurut Husam, kerajaan negeri belum membuat keputusan sama ada jalan tersebut akan dikenakan bayaran tol atau sebaliknya.

Katanya, ia tidak akan dikenakan bayaran tol jika kerajaan negeri mempunyai kewangan yang mencukup.

Untuk itu, tambahnya kerajaan negeri akan memastikan laluan pembinaan jalan berkenaan di atas tanah milik kerajaan dan mengurangkan pembinaan jambatan.

( www.gigitankerengga.blogspot.com)

Thursday 20 October 2011

Ghadaffi mati akibat cedera

NONEBekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya sewaktu ditangkap berhampiran bandar kelahirannya di Sirte, kata seorang pegawai kanan tentera Majlis Peralihan Nasional (NTC).

pegawai NTC, Abdel Majid sebelum ini dilaporkan berkata Gaddafi telah ditangkap dan kedua-dua belah kakinya cedera ketika cuba lari dalam satu konvoi yang diserangkan jet pejuang Nato.

"Dia juga terkena tembakan di kepalanya," kata para pegawai. "Banyak tembakan dilepaskan ke atas kumpulannya dan dia mati."

Pegawai kanan tentera NTC juga berkata menteri pertahanan Gaddafi, Abu Bakar Younus Jabr terbunuh sewaktu penangkapan bekas pemimpin Libya itu.

Sebelum ini, AP melaporkan pejuang Libya dilaporkan mengambil alih kubu terakhir yang dipertahankan pengikut setia Gaddafi di ibu kota Sirte.

Ini menjadikan semua kampung halaman pemimpin negara yang digulingkan itu berada di bawah kawalan mereka.

Wartawan yang berada di tempat kejadian berkata, serangan terakhir bermula jam 8 pagi hari ini bertujuan mengambil alih baki lokasi yang masih dipertahankan penyokong kuat Gaddafi sebelum ia berakhir dalam tempoh 90 minit kemudian.

Sebelum serangan itu, menurut wartawan terbabit, lima kenderaan yang dipenuhi dengan penyokong Gaddafi kelihatan cuba melarikan diri menerusi laluan lebuh raya.

Bagaimanapun, katanya, mereka terbunuh dalam serangan yang dilakukan pejuang revolusi negara itu, sebelum operasi mencari baki pejuang Gaddafi yang masih bersembunyi diteruskan. ( Ini berita Malaysiakini.com yeee...)

UIA gantung tugas pakar perlembagaan Aziz Bari

Bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu.

Malaysiakini difahamkan, perkara itu turut terkandung dalam notis yang dikeluarkan padanya daripada unit undang-undang UIA.

Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

NONESelain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.

Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).

Aziz berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.

Sementara itu, dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan tangan kepada Aziz, beliau dituduh "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti".

Aziz diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Protes di masjid esok

Usaha Malaysiakini mendapat reaksi daripada bahagian pentadbiran dan pengurusan UIA setakat ini masih belum berhasil.

Bagaimanapun, Berita Harian hari ini melaporkan sumber dari pejabat rektor UIA, Datuk Prof Zaleha Kamaruddin mengesahkan surat itu dikeluarkan pihaknya semalam.

NONEAziz dalam masa yang sama disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung reaksinya kepada titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya.

Wartawan Malaysiakini turut disiasat oleh pihak berkuasa kerana portal itu menyiarkan pandangan kontroversi itu.

Aziz sebelum ini berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Aziz kemudian menjelaskan Akta Hasutan 1948 memperuntukan tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu selagi tidak menuntut pemansuhan institusi itu.

Sebelum ini, SKMM dan pihak polis juga telah menyoal beberapa kakitangan Malaysiakini, termasuk wartawan dan editornya berhubung isu yang sama.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin mengajak alumni universiti itu mengadakan protes di Masjid UIA di Gombak selepas solat Jumaat esok bagi menyatakan sokongan kepada Aziz.

Shamsul antara lulusan universiti itu dalam bidang undang-undang.

Monday 17 October 2011

RM100 juta untuk MRSM? Umno bela Melayu ape bende, pelawok

Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 17 Okt: Peruntukan terlalu kecil kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam Bajet 2012 sekali lagi membuktikan pembohongan Umno kononnya membela Melayu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.


"Kalau MRSM yang sepatutnya menjadi pengeluar cerdik pandai Melayu pun hanya mendapat peruntukan begitu kecil dan tidak munasabah, iaitu hanya RM100 juta sahaja, semakin terbukti pembohongan Umno yang kononnya hendak membela Melayu.


"Peruntukan kecil itu dengan sendirinya bermakna tidak ada tambahan MRSM yang baru dalam bajet tersebut," katanya.

Malah, kata beliau lagi, peruntukan itu pun kebetulan diberikan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah bernilai RM1 bilion khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, menyelenggara, membeli peralatan dan membina blok tambahan.

Ketika membentangkan Bajet 2012 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada peruntukan tambahan RM1 bilion itu, RM500 juta adalah untuk sekolah kebangsaan, RM100 juta kepada SJKC, RM100 juta kepada SJKT, RM100 juta kepada sekolah mubaligh, RM100 juta kepada sekolah agama bantuan kerajaan dan RM100 juta kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

"Saya sengaja tak sebut fasal sekolah agama yang juga menerima peruntukan yang kecil, saya hanya menyebut fasal MRSM sebab Umno setiap hari mendabik dada mendakwa kononnya dialah pembela Melayu sebab kalau dia dakwa dia membela Islam pun orang tak percaya.

"Tetapi, kalau begitulah sikap kerajaan Umno dan jika parti itu terus memerintah, kita perlu tunggu berapa ratus tahun lagi untuk melihat setiap kawasan parlimen mempunyai MRSM yang sepatutnya menjadi pengeluar cerdik pandai Melayu?" kata Mohamad.

Menurut beliau, pendidikanlah yang mengubah nasib orang Melayu di mana sebahagian dari mereka berubah menjadi kelas menengah dalam masa satu generasi sahaja.

"Tetapi peruntukan tak seberapa untuk pendidikan orang Melayu itu, tidak kira sama ada kepada sekolah agama atau MRSM, membuktikan Umno tidak begitu berminat untuk mengubah taraf hidup lebih ramai lagi orang Melayu," katanya.

Mohamad berharap Najib sedar bahawa pelajaranlah yang boleh mengubah nasih sesuatu kaum itu.

"Najib ambil orang-orang Yahudi dalam Apco Wordwide sebagai tempat memohon petunjuk.

"Saya berharap beliau tahu antara perkara pertama yang dibuat oleh orang Yahudi selepas memasuki Palestin ialah membina sekolah dan pada tahun 1925, orang-orang Yahudi sudah mempunyai universiti di wilayah Palestin yang takluki," katanya.

Beliau berharap Najib tidak mengabaikan usaha-usaha agresif untuk meningkatkan taraf pendidikan orang-orang Melayu.

"Jangan abaikan, jangan bagi alasan kepada (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin)," katanya sinis.

Sunday 16 October 2011

Provokasi : Cemas Kerana 'Nak kalah' - Mat Sabu


GELANG PATAH - Pelbagai gangguan yang melibatkan ceramah-ceramah anjuran PAS dan Pakatan Rakyat akhir-akhir ini berpunca daripada kerisauan UMNO sehingga ke tahap yang maksimum kerana tidak berupaya membendung pengaruh pembangkang di negeri Johor.


Perkara ini ditegaskan oleh Tn. Hj. Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS dengan katanya Johor merupakan kubu terakhir bagi UMNO maka seboleh-bolehnya mereka akan mempertahankan dengan apa cara sekalipun.

''Johor ada gangguan. Sebab ini kubu terakhir UMNO untuk dipertahankan. ''UMNO gelisah (pengaruh Pembangkang Johor). Kalau sebelah Utara tak kecoh. Nak buat kecohpun (tak dapat buat) sebab tak ada pemuda (UMNO).

''jelas beliau lagi. Beliau mengulas perkara ini berhubung siri-siri gangguan telah dilakukan oleh pihak tertentu sejak akhir-akhir ini yang melibatkan ceramah beliau sendiri.

Beliau berkata lagi, sepanjang 33 tahun beliau menginfaqkan diri kepada gerakan Islam PAS, kejadian seumpama itu merupakan perkara biasa yang turut berlaku di Utara dan Timur Semenanjung sekitar tahun 80 an.

Dalam hal itu katanya UMNO kini dilihat tidak bermaya menghadapi pengaruh pembangkang kerana para pemuda di negeri tersebut sudah tidak lagi menyokong mereka.

''Sudah 33 tahun berada dalam pentas PAS. Kejadian di Labis perkara biasa. Di Kelantan pada tahun 80 an, (berdepan) dengan pemuda tahan lasak yang bertindak kasar kerana UMNO di tempat itu panik.

Kelantan (sekarang) tak ada (provokasi) sebab pemuda UMNO dah tak ada.!'' ujarnya sambil disambut gelak ketawa orang ramai.

Beliau berkata demikian pada ceramah isu-isu semasa di Markas Tarbiyyah PAS Kampung Ulu Pulai, dekat sini, baru-baru ini./Selatanonline

PANAS!! Adakah Ini Menteri yang dianugerahkan Projek Mega Bernilai RM250 Juta itu?



Isu yang dibangkitkan dalam artikel kali ini adalah masalah legasi. Contohnya, kalau disemak semula pengagihan Tabung Makanan di bawah RMK9 yang berjumlah RM2 billion. Persoalannya sekarang, kenapa kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM250 juta kepada satu syarikat milik anak dan suami menteri seperti yang disebut dibawah ini?

Kalaulah RM250 juta ini diagihkan dengan lebih telus kepada 1,000 orang usahawan contohnya kesan gandaan kepada ekonomi setempat, peluang pekerjaan dan limpahan kesejahteraan yang lebih meluas kepada rakyat terbanyak. Akhirnya, ramai rakyat yang mendapat “manfaatnya”. Bukannya tertumpu di tangan mereka yang sudah kaya dan berkedudukan. Mana yang lebih baik?

Ada sebuah projek mega yang melibatkan sebuah syarikat yang berkepentingan telah dibangkitkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia antara program yang diumumkan perdana menteri dalam Rancangan Malaysia atau belanjawan, tetapi tidak membawa sebarang hasil.

“Izinkan saya untuk memberikan beberapa contoh kegagalan tersebut: Projek ternakan feedlot yang menelan belanja sekitar RM250 juta yang membabitkan suami dan anak seorang menteri di dalam kabinet perdana menteri,” katanya. Anwar berkata, soalan itu sudah dibangkitkannya sejak tahun lepas tetapi tidak pernah dijawab oleh perdana menteri mahupun menteri yang bertanggungjawab.

Sedangkan, tambahnya, jumlah peruntukan itu sama dengan potongan subsidi gula yang ditanggung rakyat - Malaysiakini

Yang pastinya menteri tersebut adalah menteri wanita. Jadi siapakah menteri wanita yang telah dibangkitkan dalam Dewan Rakyat baru-baru ini? Kalau dalam senaraian kabinet Malaysia nak senaraikan menteri-menteri wanita yang ada tidaklah susah mana pun.

Menteri wanita dalam kabinet Malaysia sekarang ini pun tidak ramai. Antaranya ialah :

-Datuk Seri Sharizat Jalil (Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat)

-Datin Paduka Chew Mei Fun (Timb.Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat)

-Datuk Maznah Mazlan (Timbalan Menteri Sumber Manusia)

-Datuk Rosnah Rashid Shirlin (Timbalan Menteri Kesihatan)

-Datuk Rohani Abdul Karim (Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Industri)

-Noriah Kasnon (Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air)

-Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

http://darisungaiderhaka.blogspot.com

Wednesday 12 October 2011

Penduduk luar bandar juga akan menolak BN

Datuk Seri Najib Tun Razak bimbang kerana BN hanya parti yang disokong oleh penduduk luar Bandar sahaja. Ia mengharapkan seluruh jentera BN bekerja keras supayhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEifsJWhrzig3RklMe_6LmyVHByrpDf6Vrmh4yyagRFEIMELXTDNpjWYkUHMfbMmBOOi0A4YNc3vHDNkP-ZAIjYExroe9eOlAXh2T7Nb0KZuIqhe4qM7dNAo6iOOKVuIN5-v_STt8YLVDJTW/s1600/1MSIA+TOLAK+BN.jpga menarik perhatian penduduk bandar supaya menyokong BN.

Inilah luahan rasa kebimbangan beliau ketika memberi taklimat kepada jentera BN Wilayah Persekutuan 9 Oktober 2011.

Persoalannya sampai bila BN mampu mempertahankan sokongan di kalangan penduduk luar bandar sahaja? Perlu dingat dunia sekarang sudah menjadi seperti satu kampung di era lebuh raya maklumat. Sedikit masa lagi penduduk luar Bandar juga mampu memiliki kemudahan yang sama, pada waktu itu di manakah BN mahu bersembunyi.

Penduduk bandar yang mempunyai kelebihan untuk akses maklumat dengan lebih cepat tidak lagi boleh ditipu oleh media perdana BN malahan sebahagian besar mereka membakul sampahkan sahaja segala maklumat yang keluar daripada propaganda BN.

Walaupun penduduk luar Bandar tidak begitu pantas untuk mendapat maklumat semasa dan menapis propaganda BN, namun anak-anak mereka yang akan menyalurkan maklumat kepada ibu bapa dan orang kampung. Kerana sebahagian besar penjawat awam dan eksekutif swasta berasal daripada luar bandar, dan merekalah yang menjadi duta maklumat Pakatan Rakyat di kawasan luar Bandar ketika mereka pulang ke kampung di hujung minggu.

Fenomena ini bersedialah BN akan menjadi parti pembangkang di negara ini selepas PRU 13 apabila tembelang BN sudah diketahui oleh rakyat termasuk penduduk luar bandar. Ingatan Abraham Lincoln ada menyebut “Kamu boleh berbohong dalam satu masa, tetapi kamu tidak boleh berbohong dalam semua masa

Tuesday 11 October 2011

Bersih: Mat Sabu sedia jadi saksi siasatan awam Suhakam


KUALA LUMPUR, 11 Okt — Mohamad Sabu berkata beliau akan menawarkan diri sebagai seorang saksi dalam siasatan awam kendalian Suhakam, yang bermula hari ini berhubung dakwaan kekasaran pihak berkuasa polis ketika perhimpunan Bersih 2.0 awal bulan lalu. Timbalan Presiden PAS itu sebelum ini mendakwa beliau telah dirempuh oleh kenderaan polis ketika sedang membonceng motosikal dan mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan.

Bagaimanpun polis telah menafikan dakwaan beliau itu.

“Ya, sudah pasti saya akan (memberi keterangan),” kata Mohamad (gambar) kepada The Malaysian Insider menerusi SMS ketika ditanya sama ada akan menjadi saksi siasatan awam Suhakami.

Mohamad yang kini berada di luar negara bagaimanapun beliau belum memaklumkan Suhakam mengenai perkara itu.

Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau sudah pun memaklumkan Mohamad mengenai siasatan awam yang bermula hari ini.

“Beliau memberitahu bahawa beliau berminat untuk mengambil bahagian,” kata Hanipa

http://penburukonline.blogspot.com/

Kes Saman Fitnah Mat Sabu Ke Atas Utusan - 3 Nov

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 3 Nov ini untuk pengurusan kes saman fitnah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan Utusan Melayu (M) Berhad berhubung penyiaran artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.

Hakim Datuk John Louis O'Hara menetapkan tarikh tersebut selepas menemui peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Mohamad Sabu sementara Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu yang dinamakan defendan pertama dan kedua diwakili peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, di dalam kamarnya.

Firoz ketika ditemui media memaklumkan pihaknya akan memasukkan pembelaan terhadap penyataan tuntutan yang difailkan sebelum atau pada tarikh tersebut.

Mohamad Sabu, 57, selaku plaintif memfailkan saman tersebut pada 14 Sept lalu melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menerusi sistem e-filing di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi.

Menurut penyataan tuntutan yang diperolehi media hari ini, Timbalan Presiden PAS itu mendakwa kedua-dua defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos lalu dan dua bahan terbitan pada keesokan harinya yang berbaur fitnah.

Penerbitan ketiga-tiga artikel adalah berhubung isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor.

Beliau mendakwa penyiaran bahan-bahan tersebut telah secara tidak langsung menunjukkan bahawa dirinya menyokong komunis, telah terkeluar dari ajaran dan akidah Islam kerana menyokong komunis dan mengiktiraf Muhammad Indera sebagai pengganas komunis.

Akibat daripada itu, Mohamad Sabu mendakwa dirinya terasa malu dan aib serta kesengsaraan dari segi maruah, kredibiliti dan juga reputasinya. Beliau juga mendakwa telah menanggung penderitaan akibat menerima khidmat pesanan ringkas yang mengandungi ugutan jenayah terhadap dirinya dan keluarga serta ancaman supaya dirinya ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain itu, beliau turut mendakwa menerima ancaman agar kewarganegaraan beliau dilucutkan di samping didakwa di mahkamah atas dakwaan menghasut atau menghina Yang di-Pertuan Agong.

Mohamad Sabu turut mendakwa tindakan defendan-defendan menerbitkan kesemua artikel terbabit bertujuan untuk mensensasikan berita, melariskan penjualan akhbar bagi mendapatkan faedah kewangan dan bagi mendatangkan keuntungan politik kepada parti politik Umno.

Oleh itu, plaintif menuntut satu jumlah ganti rugi am, teladan dan melampau yang tidak ditetapkan jumlahnya serta satu perintah mahkamah agar semua defendan memohon maaf serta menarik balik tuduhan fitnah ke atas dirinya.

Plaintif turut memohon penarikan tuduhan fitnah itu dibuat selamat tiga hari di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia selain kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. -Bernama

Mat Rempit di upah RM10 untuk kacau ceramah MAT SABU, polis arah lepaskan

Dengan upah RM10, dan tangki minyak motorsikal yang penuh. Sekali lagi mat rempit-mat rempit upahan regim Umno ini mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat di Kg Tahang Rimau, Segamat. Bagaimanapun kali ini untuk mereka mengulangi sekali lagi kebiadaban seperti di Labis sehingga seorang anggota Unit Amal mendapat 7 jahitan kerana dibaling objek dipercayai besi tidak kesampaian.

Dengan kekuatan Unit Amal dan komrad anak muda SAMM dari seluruh Johor. Kali ini kita lebih bersedia. Seperti yang dijangka, ketika che'guBard menyampaikan ceramah, provokasi daripada mat rempit-mat rempit upahan Umno ini bermula.

Mereka dipercayai berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama membuat bising dan kecoh di laluan utama dan kumpulan kedua membaling mercun di laluan belakang tapak ceramah. Bagaimanapun kawalan di belakang tempat ceramah agak kurang kerana ramai anak-anak muda SAMM dan Unit Amal yang berkawal di laluan utama.

Baru sahaja dianggarkan 7-8 buah motorsikal melalui laluan jalan utama sambil membuat bising mereka sudah dikepung oleh orang ramai dan komrad SAMM.

Ketika semakin orang ramai membantu menahan mat rampit-mat rempit inilah dipercayai kumpulan mat rempit kedua melalui laluan belakang pentas ceramah dan membaling mercun bola.



Provokasi dimulakan ketika che'guBard sedang berceramah.


Kerana persediaan dan kawalan yang lebih rapi, maka kali ini tidak ada seorang pun mat rempit daripada kumpulan pertama ini terlepas. Dengan keadaan mabuk dan mulut berbau arak akhirnya mereka mengaku mereka menerima upah dan arahan daripada Ayub (dipercayai ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat) sebanyak RM10 dan minyak motor yang diisi penuh. Menurut anggota Unit Amal yang bertugas di Labis tempoh hari, mereka mengecam kumpulan mat rempit ini adalah kumpulan yang sama bertanggungjawab membaling objek ke muka seorang anggota Unit Amal ketika program ceramah Sdr Tn Hj Md Sabu.

Bagaimanapun apa yang mengecewakan, polis meleraikan kepungan dan memberikan arahan untuk melepaskan kumpulan mat rempit ini sebaik saja nama 'Ayub' disebut. Atas dasar menghormati arahan daripada pihak berkuasa, kumpulan mat rempit ini akhirnya dilepaskan dengan selamat tanpa cedera walau sedikit pun!.

Antara kumpulan penyokong, Unit Amal dan SAMM yang mengepung kumpulan mat rempit ini.

Anggota polis mengawal keadaan selepas insiden pengepungan kumpulan mat rempit oleh orang ramai.

Jika benar bahawa kumpulan-kumpulan mat rempit ini diupah oleh Datuk Ayub maka terbuktilah bahawa mereka adalah terdiri daripada pemuda Umno di kawasan Parlimen Sekijang.

Lebih memalukan mereka sekadar menggunakan sekumpulan mat rempit untuk mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat yang sudah mendapat permit daripada pihak berkuasa. Jika benar mereka tidak puas hati dengan kehadiran Tn Hj Md Sabu, silakan hantar ketua atau wakil Umno untuk bertemu.

Bukan menabur wang RM10, minuman keras dan tangki minyak motorsikal diisi penuh sebagai upah membuat provokasi. Lebih bacul lagi, jika kejadian seperti di Labis berulang sehingga seorang anggota Unit Amal yang tidak berdosa menerima tujuh jahitan.


Rakyat sudah muak dengan regim, mereka dahagakan maklumat. Kehadiran warga Segamat pada malam itu cukup menakutkan mereka. Cara terbaik untuk menakutkan rakyat, provokasi!.

Apapun tahniah kepada anak-anak muda SAMM yang sanggup datang jauh antaranya daripada Seremban, Gelang Patah demi untuk menghambat anjing-anjing provokasi ini, sehingga kumpulan mat rempit pulang menikus tidak berbunyi.


Tim. Presiden Pas, Tn Hj Md Sabu menyampaikan ceramah tanpa sebarang gangguan.


Che'guBard turun bertemu anak-anak muda SAMM selepas berceramah untuk mendapatkan maklumat berkaitan insiden kumpulan mat rempit yang ditahan Unit Amal dan SAMM.

Anak-anak muda SAMM meraikan kejayaan menghalang provokasi kumpulan mat rempit selepas program ceramah di sebuah restoran di bandar Segamat.PULAK DAH

Lawatan PM ke Kazakhstan bernilai lebih RM1 juta

Lawatan PM ke Kazakhstan bernilai lebih RM1 juta
Kementerian Luar Negara hari ini mendedahkan bahawa lawatan dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan pada bulan Jun lalu bernilai RM1 juta.

Dewan Rakyat diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM1,072,213.22 dibelanjakan bagi perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam.

NONELawatan itu yang berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan bidasan apabila timbul dakwaan ia juga digunakan oleh keluarga Najib bagi merisik bakal menantunya.

Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman mendedahkan perkara itu ketika menjawab soalan bertulis anggota parlimen Batu Tian Chua.

Chua mahu tahu jumlah kos, matlamat dan hasil rombongan perdana menteri ke Kazakhtan pada Jun dan Perth ketika hari merdeka lalu.

Dalam jawapannya, Anifah turut menjelaskan, lawatan dua hari Najib ke Turkmenistan pada 11 dan 12 Julai pula bagi memenuhi undangan presiden negara itu.

Ia, tambahnya, turut menyaksikan lima dokumen ditandatangani dan perbelanjannya pula berjumlah RM323,268.19.

Manakala lawatan ke Perth pada 31 Ogos ingga 3 September lalu pula merupakan lawatan peribadi.

Bagaimanapun, tambahnya, YAB perdana menteri mengambil peluang bertemu pelajar Malaysia dan mengadakan perbincangan dengan wakil kumpulan Muslim di sana

Monday 10 October 2011

MB Selangor sedia menghadap Sultan bincang isu Kg Baru


Oleh Syed Mu’az Syed Putra dan Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan membawa isu Kampung Baru ke perhatian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sekiranya majoriti besar pemilik tanah kawasan penempatan eksklusif orang Melayu itu membantah Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 yang diluluskan di Dewan Rakyat minggu lalu.

Menurut Khalid, beliau akan membincangkan perkara itu terlebih dahulu dengan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru sebelum membuat keputusan termasuk menghadap Sultan Selangor bagi “melengahkan” pelaksanaan rang undang-undang itu, yang akan dibawa ke Dewan Negara sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Kita akan bicang dulu (dengan pemilik dan pewaris tanah), kalau setuju kita akan pergi jumpa (Sultan Selangor)... kita orang Melayu ada adat, apa-apa kita akan bincang dulu,” kata beliau pada sidang media selepas Majlis Penerangan “Selamatkan Kampung Baru” di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.

Beliau menjawab demikian apabila ditanya sama ada kerajaan negeri Selangor pimpinannya akan menghadap Sultan Selangor sebagai alternatif bagi “melengahkan” rang undang-undang itu dilaksanakan memandangkan Kampung Baru turut terletak di bawah bidang kuasa baginda.

Tanah di Kampung Baru ini adalah kurnia Almarhum Sultan Abdul Samad kepada orang Melayu lebih 100 tahun lalu dan sehingga sekarang Sultan Selangor berperanan sebagai pelindung dan penjaga kepentingan serta hak orang Melayu di kawasan itu.

Difahamkan dalam isu pembangunan Kampung Baru, Sultan Selangor berhak memberi pandangan serta nasihat kepada Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) dan penduduk Kampung Baru, malah kedudukan MAS sebagai badan pentadbir juga diputuskan baginda.

Khalid juga enggan menjawab persoalan mengenai kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mengatakan Sultan Selangor bersetuju dengan keputusan Putrajaya membangunkan Kampung Baru.

Menurut Raja Nong Chik, bagaimanapun, baginda menitahkan supaya Masjid Jamek Kampung Baru dan Kelab Sultan Sulaiman yang menjadi mercu tanda di kawasan itu mesti dikekalkan.

“Saya tidak mahu cakap pasal perjumpaan beliau dengan Sultan Selangor, saya tidak tahu,” jawab Khalid.

Dalam sidang media itu, Khalid juga mengumumkan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang akan membantu pemilik dan pewaris tanah membangunkan kawasan masing-masing melalui pinjaman dengan perbadanan kerajaan negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

“Kami memberi jalan penyelesaian yang proaktif terhadap pembentukan rang undang-undang Kampung Baru, kami bukan sahaja menentang, bahkan turut memberi jalan penyelesaian kepada masalah ini,” katanya.

“Ahli jawatankuasa yang dilantik merupakan anggota profesional dalam bidang perundangan, perancang bandar, dan juga penganalisis projek,” tambah beliau.

Beliau juga berkata jawatankuasa itu juga akan memberi tambah nilai terhadap Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat pada 5 Oktober lalu.

Pada 3 Oktober lalu, Putrajaya menarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 dan digantikan dengan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011, yang mendapat bantahan wakil rakyat Pakatan Rakyat, pada hari yang sama.

Sunday 9 October 2011

PELATIH PLKN DIPERGUNAKAN, PERMIT HIMPUNAN HIJAU 109 DI TARIK SAAT-SAAT AKHIR


(Ulasan terhadap Sinar Harian)

KUANTAN – Lebih 1,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) membabitkan lima kem latihan dari Daerah Kuantan dan Pekan menjalankan pelbagai aktiviti melalui Program Khidmat Komuniti PLKN bersama Masyarakat Kuantan di Taman Gelora semalam.

Lima PLKN itu ialah Kem Latihan Hijrah Penor, Kem Latihan Semarak, Pekan, Kem Latihan Cahaya Gemilang Cerating, Pekan dan Kem Latihan Tasik Chini, Pekan dan Kem Latihan Gambang.

Pelatih, Nawawi Hashim, 18, berkata, program khidmat masyarakat itu memberi peluang kepada semua pelatih bertemu rakan baru selain melakukan aktiviti bermanfaat kepada masyarakat.

Pelatih yang berasal dari Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu itu mengakui bertuah kerana dapat membantu jurulatih dan rakan lain bergotong-royong dalam semua aktiviti yang dilaksanakan.

“Ini adalah pengalaman paling berharga kerana saya dapat berdikari dan mencedok banyak ilmu kemasyarakatan ketika membantu jurulatih memasak dan menyediakan hidangan,” katanya.

Rakannya, Aisyah Mansor, 18, pula gembira kerana dapat menyertai program itu bersama rakan-rakan dari empat lagi kem latihan.

“Bukan mudah untuk bertemu dan beramah mesra bersama mereka selain mengeratkan hubungan di antara pelatih dan masyarakat di sini,” katanya yang berasal dari Kuala Terengganu.

Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk Hazmi Yusof dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Indera Mahkota Suhaimi Sulong.

Pengarah Zon F negeri, Leftenan Kolonel Zainal Abd Rahim berkata, antara aktiviti yang dijalankan ialah perkhemahan, gotong-royong membersihkan pantai, kenduri kampung, persembahan nyanyian dan cabutan bertuah.

Menurutnya, semua aktiviti itu adalah antara modul yang disediakan bagi memantapkan pelatih dan memberi peluang kepada mereka mengenali penduduk tempatan.

“Melalui cara ini kita dapat mendidik anak bangsa berdisiplin dan berusaha mengekalkan perpaduan,” katanya.

Beliau juga berharap semua pelatih dapat memanfaatkan semua modul yang dilaksanakan untuk lebih berdikari dan saling menghormati antar satu sama lain.

“Justeru, ibu bapa jangan memberi alasan menolak pemilihan anak mereka mengikuti latihan di PLKN kerana semua kaedah pembelajaran dirancang untuk masa depan negara,” katanya.

ULASAN : Sebenarnya program PLKN ini adalah untuk menganggu program HIMPUNAN HIJAU 109 yang dihadiri oleh 2000 orang masyarakat dari segenap daerah.Pihak penganjur telah pun memohon permit dengan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), tetapi permit tersebut ditarik balik disaat-saat akhir atas arahan seorang exco kerajaan negeri.

Kemudian diadakan senam robik di 2 tempat yang berdekatan dengan menggunakan pembesar suara untuk mengganggu ucapan pihak penganjur HIMPUNAN HIJAU 109.Nampaknya pelatih PLKN telah menjadi mangsa politik UMNO dan BN.UMNO semakin gelabah apabila MCA turut hadir memberi sokongan dalam himpunan tersebut.