Monday 22 December 2008

MAT DITUDUH PUNCA KEKALAHAN PAS DI KERUSI P36 PADA PILIHANRAYA UMUM LALU


Sedih hati ini bila Mat Sabu dituduh sebagai punca kekalahan PAS di kerusi P36 Kuala Terengganu dalam PRU 12 lalu dengan alasan "Mat Sabu Calon Luar". Sebagai ahli PAS, saya merasakan tuduhan sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam jamaah kita. Lupakah kita bahawa perjuangan yang dibawa oleh PAS adalah perjuangan Islam sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Islam tidak pernah memandang apa warna kulit, bangsa atau dari mana asal negeri kita. Yang diambil kira ialah siapakah di kalangan kita yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Sepatutnya ahli dan jentera PAS Terengganu tidak perlu mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap Naib Presiden PAS. Janganlah disebabkan kita terlalu ghairah untuk menang di Parlimen Kuala Terengganu sehingga kita lupa batasan dan adab kita kepada pimpinan utama. Kalau pun kita tak mahu calon daripada luar sekalipun, adakah kita perlu mengeluarkan kenyataan pedas sedemikian rupa. Bukankah kita ada Majlis Syura' dan AJK PAS Pusat yang akan menentukan siapakah yang paling layak untuk dicalonkan kali ini. Secara jujur saya nyatakan di sini bahawa sewaktu PAS memerintah Terengganu, saya kerap ke Terengganu dan Kelantan dengan 2 orang sahabat atas urusan tertentu.

Pernah sekali kami singgah di Kuala Terengganu sekembalinya dari Kota Bharu untuk minum dan makan keropok lekor di kedai seorang kenalan sahabat saya. Dalam pertemuan itu, kami berbual panjang berkisar tentang pemerintahan kerajaan baru PAS di Terengganu ketika itu. Pemilik kedai tersebut dalam lingkungan usia 50an dan merupakan orang kuat PAS Marang. Saya sebenarnya terkejut apabila dia menyatakan kebimbangannya bahawa PAS Terengganu akan kalah semula dalam PRU11. Saya sendiri bertanya kenapa dia berkata demikian. Lalu dia menceritakan segala-galanya kepada kami. Secara peribadi, saya membuat kesimpulan bahawa walaupun kita berada dalam jamaah Islam tetapi belum boleh menjamin bahawa kita tahan uji. Apatah lagi bila diuji oleh Allah dengan kuasa, pangkat dan jawatan.

Secara ringkasnya, apa yang dinyatakan oleh kenalan tadi menggambarkan bahawa sebahagian daripada Exco Kerajaan PAS Terengganu waktu itu lupa diri. Bila sampai waktu PRU 11 pada tahu 2004, apa yang dibimbangkan oleh kenalan tadi menjadi kenyataan. Memang kita tak nafikan bahawa memang berlaku penipuan undi yang ketara waktu itu sehingga PAS hilang semula Terengganu. Tapi kita kena ingat dan sedar segala apa pun yang berlaku adalah di dalam ketentuan Allah. Mengapa Allah biarkan penipuan ini berlaku sehingga kita hilang Terengganu. Semuanya ini ada rahsia tersirat yang sepatutnya kita semua ahli PAS di semua peringkat bermuhasabah diri. Hakikatnya, Allah tegur kita semua.Saya bimbang apabila berlaku isu "calon luar" ini akan mengundang kebencian Allah sekali lagi. Dan yang paling saya bimbang apabila Allah tidak mahu menurunkan pertolonganNya menjelang Pilihanraya Kecil 17 Jan ini. Kita jangan sekali-kali lupa bahawa Allah yang menguasai hati-hati para pengundi di Kuala Terengganu.

Diharap agar selepas ini jangan lagi timbul suara-suara yang menyebut pasal calon luar ke, calon dalam ke, calon atas ke atau calon bawah ke. Sebagai ahli sebuah jamaah Islam yang syumul, kita bukannya berjuang untuk Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Haji Hadi atau sesiapa saja. Kita berjuang kerana Allah.Semuga Allah memaafkan segala keterlanjuran dan kesalahan kita semua dan memberikan kemenangan kepada PAS di Kuala Terengganu.Takbir !Jazakallah.

Wednesday 3 December 2008

betul ke md sabu boleh

nampak nya md sabu ada harapan jadi calun tapi orang trengganu kata apa mahu ke pada orang luar jangan mimpi disiang hari sudahlah wahai che mat takut tak jadi ceramah di tempat yang telah di janji sudah lah

PAS tidak sempit pemikiran kerana mahukan PM seorang Melayu atau Islam atau baga

"Hadi's thinking narrow and outdated" atau "Pemikiran Hadi sempit dan ketinggalan zaman", demikianlah bunyi tajuk kecil muka 11 akhbar The Sun hari ini. Ia melaporkan darihal kenyataan Presiden Hua Zong yakni Persekutuan Persatuan-persatuan Cina se Malaysia, Tan Sri Lim Gait Tong di dalam akhbar Cina ,The Oriental Daily News.Lim marah dan tidak dapat menerima kenyataan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, di dalam temuramahnya bersama Harakah, yang menyebut bahawa Perdana Menteri Malaysia mestilah seorang Melayu atau Muslim.Tambah Lim pandangan Tuan Guru itu menunjukkan yang beliau seorang yang berfikiran sempit dan ketinggalan zaman serta tidak layak memimpin PAS.
Kata Lim lagi menurut perlembagaan Malaysia, mana-mana ahli parlimen yang menerima sokongan majoriti ahli-ahli dewan rakyat dan diperkenankan oleh Agung, layak menjadi PM tanpa mengira kaum atau agama. (dan rasa saya kenyataan Tuan Guru itu tidak pun bertentangan dengan peruntukkan perlembagaan ini kalau mahu dilihat dari realiti semasa yang ada).Apa pandangan anda?Bagi saya sebagaimana Lim layak untuk memberikan pandangan dan ulasan darihal satu-satu isu, maka demikianlah juga Tuan Guru, berhak memberikan pandangan dan ulasan berkenaan satu-satu isu. Tak perlulah kita melabel seseorang itu sempit pemikiran atau ketinggalan zaman, semata-mata kerana pandangan dan pendiriannya berlainan atau tidak dapat kita terima.
Apakah pada sangkaan Lim pandangan beliau itu hebat dan dapat diterima semua?Sebagai Presiden Parti Islam Se Malaysia, saya percaya apa yang dinyatakan oleh Tuan Guru itu adalah selari dan berkait rapat dengan dasar dan prinsip perjuangan partinya. PAS berjuang untuk memartabatkan Islam di Malaysia, itulah PAS apabila ditubuhkan pada tahun 1951 dahulu dan itulah PAS pada hari ini.Kalau Lim tidak tahu, PAS yang sudah berkecimpung dalam kancah politik tanahair lebih setengah abad ini, menjunjung Islam sebagai dasar perjuangannya. Tujuan PAS sebagaimana terkandung dalam perlembagaannya adalah:Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalasmnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan AllahLalu sempit dan ketinggalan zamankah Tuan Guru jika beliau menyatakan bahawa PM Malaysia mestilah seorang Melayu atau Islam?
Jika bagi Lim kenyataan itu sempit dan ketinggalan zaman, maka sempit dan ketinggalan zamanlah seluruh pemimpin dan ahli PAS kerana semua kami berpegang pada perlembagaan yang sama.Kalau dilihat sejarah PAS, pandangan Tuan Guru itu sesungguhnya adalah pegangan dan pendirian parti sejak penubuhannya.Pada pilihan raya umum 1990 umpamanya, ketika itu menyaksikan PAS bersama membentuk Angkatan Perpaduan Ummah. Persefahaman yang dipegang ketika itu, jika gagasan ini ditakdirkan menang maka PM yang disepakati adalah Tengku Razaleigh Hamzah (ketika itu Presiden Parti Melayu Semangat 46). Dalam PRU 1999, semasa membentuk Barisan Alternatif (pakatan bersama PKN (kini PKR), DAP dan PRM) PAS bersedia menerima Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai PM jika pakatan ini menang.
Dan demikianlah juga seterusnya sehingga kini melalui Pakatan Rakyat.Adakah persefahaman itu membuktikan yang semua kita sempit pemikiran dan ketinggalan zaman? Tanyalah Lim Kit Siang atau Karpal sekalipun, jika Pakatan Rakyat menang siapakah yang layak jadi PM? Maka jawapannya: Dato Seri Anwar iaitu seorang Melayu (atau) dan Islam.PAS berpendirian demikian bukanlah bermakna PAS menolak kehadiran kaum dan penganut lain.
Pengalaman yang lalu membuktikan yang PAS boleh bekerjasama dan menerima kehadiran mereka ini, samada sebagai rakan politik mahupun sebagai Menteri (ketika dalam BN dahulu), EXCO (di Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang) atau pegawai-pegawai lantikkan kerajaan. Malah di Pulau Pinang sebagai parti penyokong kerajaan PAS menerima Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri.Cuma kerana menjunjung dasar perjuangan yang jelas termaktub dalam perlembagaannya, maka PAS sejak dari dahulu dan insyallah sampai bila-bila akan terus menuntut agar PM Malaysia jika ditakdirkan ia berkuasa bersama rakan-rakan lain, wajarlah seorang Melayu atau Islam. Diharapkan sesiapa sahaja yang berkawan dengan PAS dapat menerima dan menghormati

MOHD SABU PILIHAN NIK AZIZ DI KUALA TERENGGANU


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat suka sekiranya PAS memilih tokoh kanannya Mohamad Sabu sebagai calon parti itu untuk bersaing dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.Beliau, yang juga mursyidul am PAS, berkata Mohamad seorang pemimpin yang berwibawa dan mampu menjadi wakil rakyat kawasan itu. Nik Aziz berkata naib presiden PAS itu petah berkata-kata sewaktu berceramah sehingga beliau sendiri tidak mampu lakukan seperti Mohamad.

Mohamad tewas tipis dengan 628 undi di tangan Datuk Razali Ismail dalam pilihanraya umum Mac lepas. Kerusi itu kosong susulan kematian mengejut Razali, yang juga timbalan menteri pelajaran, minggu lalu.Bercakap di sidang media di Kota Bharu, Nik Aziz berkata Mohamad hanyalah cadangan peribadinya dan terpulang kepada PAS serta Pakatan Rakyat untuk memilih calon pembangkang di kerusi panas tersebut.

Jentera pilihanraya
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan mengetuai jentera pilihanraya kecil Kuala Terengganu.Beliau akan dibantu oleh pengarah pilihanraya nasional PAS, Datuk Mustafa Ali yang juga pesuruhjaya PAS Terengganu.Pada kebiasaannya, Mustafa sepatutnya menerajui jentera tersebut, pertukaran itu telah mencetuskan spekulasi yang beliau mungkin antara calon PAS untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.Nasharuddin juga enggan mengulas lanjut bila ditanya sama ada nama Mustafa turut tersenarai.

Sebaliknya, beliau berkata, walaupun ia merupakan satu pilihanraya kecil tetapi PAS melihatnya sebagai satu urusan nasional.Ditanya mengenai calon pula, Nasharuddin berkata, PAS kawasan Kuala Terengganu yang bermesyuarat hari ini, akan mengemukakan cadangannya kepada PAS negeri dan kemudiannya dibawa kepada pucuk pimpinan pusat untuk diputuskan pada 21 Disember depan.Antara nama yang disebut ialah calon PAS dalam pilihanraya umum Mac lalu, Mohamad Sabu, bekas MP Kuala Terengganu, Syed Azman syed Ahmad Nawawi dan timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu, Wan Mutalib Embong.

Ketika dihubungi, Mohamad yang terkenal dengan kelantangannya berpidato berkata, beliau tidak akan menawarkan dirinya sebagai calon."Pihak parti belum membuat sebarang keputusan, jadi lebih baik diserahkan kepada parti dan saya akan mematuhi keputusannya," katanya kepada Malaysiakini. ( SUMBER Malaysiakini.net )

Monday 1 December 2008

MASA DEPAN PAS SABAH CERAH


TAWAU, 18 Nov (Hrkh) – Naib Presiden PAS, Haji Muhammad Sabu yakin dengan masa depan PAS di Sabah semakin cerah apabila ramai di kalangan para pemimpin parti itu di semua peringkat, ahli dan penyokongnya adalah terdiri dari kalangan penduduk tempatan Sabah sendiri.“Jika pada awal penubuhan PAS dahulu kebanyakan pemimpin parti dari kalangan orang Semenanjung, namun sekarang ini hasil daripada didikan dan bimbingan yang diberi, anak-anak tempatan sudah boleh memimpin dan membawa PAS ke hadapan.

Saya juga berasa bangga melihat kehadiran setiap program yang diadakan begitu ramai anak-anak muda tempatan yang berminat dengan PAS, Alhamdulillah ini adalah kejayaan kita,” demikian luahan beliau dalam satu kenyataannya di sini di Lapangan Terbang Tawau sebelum berlepas ke Kuala Lumpur selepas mengakhiri lawatan tiga hari di Sabah petang kelmarin.

Beliau bersama rombongan berada di Sabah sejak 15 November lalu dalam rangka lawatan kerja bagi melihat lebih dekat gerakerja parti dan penerimaan masyarakat Sabah terhadap PAS di negeri itu.

Lawatan kerja tiga hari itu dimulakan di Kota Kinabalu kemudian di Sandakan dan berakhir di sini. Sepanjang lawatan kerja itu, beliau melahirkan rasa puas hati dan gembira dengan sokongan msayarakat Sabah terutama dari kalangan generasi muda begitu menggalakkan terhadap program yang dianjurkan.

Dengan perkembangan baik itu, Muhammad menyarankan agar menggembleng tenaga muda ini sebaik mungkin kerana mereka amat berpotensi untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan.
Katanya, golongan muda yang mempunyai kesedaran tinggi ini akan berani melakukan perubahan terhadap politik demi masa depan masyarakat berbilang kaum di negeri itu.
Mereka adalah penentu kepada kejayaan itu,

Kata Muhammad lagi, ini terbukti apabila nilai positif yang ada kepada rakyat Sabah ialah apabila berani melakukan perubahan politik seperti mana berlakunya beberapa perubahan kepimpinan negeri dari Usno kepada Berjaya, PBS sehinggalah sekarang ini Umno/BN.

Kita yakin perubahan ini boleh berlaku pada masa akan datang,” tambahnya.
Justeru ,untuk mencapai hasrat itu katanya, PAS harus bekerja keras dengan mengatur pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan silaturrahim di kalangan rakyat.

Ketika ditanya berhubung penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap PAS beliau berkata, "sekarang ini Alhamdulillah di Semenanjung mereka boleh menerima kita,walau bagaimanapun juga mainan media yang meburuk-burukkan PAS ada yang memberi kesan kepada mereka.

Saya yakin di Sabah juga serupa, mereka terpengaruh dengan media yang melaporkan berita berat sebelah dan tidak betul terhadap PAS,” katanya.
Menurutnya, ini adalah cabaran besar yang perlu dilalui bagi setiap penggerak jamaah dan parti untuk terus memberi penerangan dan penjelasan kepada mereka.

Saya yakin usaha keras dan sungguh-sungguh ini akan membuahkan hasilnya kelak,”katanya. Oleh sebab itu, beliau menyarankan agar PAS perlu mendekati juga kaum bukan Islam di negeri ini melalui pendekatan yang sesuai bagi mereka.
Katanya melalui pendekatan dan penjelasan yang tepat dan bekesan, masyarakat tersebut boleh manangkis maklumat-maklumat palsu seterusnya memahami perjuangan PAS. PAS mesti jadi juara membela masyarakat itu,” tambahnya.

Sementara itu, dalam satu ceramah, beliau berkata, kedudukan umat Islam sekarang berada pada tahap yang begitu lemah apabila mereka begitu mudah ditindas dan dizalimi oleh puak kuffar dan Yahudi ekoran tidak berpegang kepada ajaran Islam sebenar. Lebih-lebih lagi kata beliau apabila para pemimpinnnya tidak menjadikan Islam sebagai panduan dan rujukan dalam memerintah. Menurutnya, umat Islam hari ini jadi lemah kerana terpengaruh dengan ideologi penjajah yang menjajah negara mereka.

Maka timbullah istilah bila amal Islam, kita akan kembali ke zaman kemunduran. Inilah yang dipegang dan diamal oleh kebanyakan umat Islam hari ini yang telah berjaya dirosakkan pemikiran mereka oleh penjajah. Dasar-dasar yang dibawa oleh penjajah menjadi rujukan mereka sehingga ajaran Islam yang syumul ditinggalkan dan mereka telah lupa kebenaran dan kekuatan Islam dizaman keagungannya,”jelasnya.

Kata beliau lagi, penyakit sosial dalam masyarakat semakin parah dengan amalan rasuah, penyelewengan, kezaliman dan penindasan dijuarai oleh umat Islam sendiri.
Inilah akibat jika tinggalkan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.,” ujarnya.