Tuesday 4 October 2011

MCA biadab kerana Umno kurang ajar terhadap hudud

Sebuah berita dalam akhbar Sunday Star 2 Oktober lalu disiarkan sebuah berita bertajuk "Unite to defeat opposition parties in next general election, members urged"

Berita dari perhimpunan MCA di Kuala Lumpur itu antara lain mengambil ucapan presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meminta semuah ahlinya bekerja keras dan bersatu untuk "menghukum" PAS dan Pakatan Rakyat yang berhasrat melaksanakan undang-undang hudud.

Manakala Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha dalam ucapannya mengatakan pelaksanaan hudud yang dicadangkan PAS merupakan ancaman terbesar kepada wanita di negara ini!

“Barisan is trying to strengthen the position of women but this is being threatened by PAS’ plan,” he said.

He also chided Pakatan Rakyat for issuing a gag order when it could not reach a consensus on the hudud issue.

“Pakatan is running away from the problem, although it owes the people an explanation. Previously, Pakatan leaders only talked but there was no action, but now, it is ‘no talk no action’,” katanya.

Persoalannya, apakah Cina MCA ini faham apa itu pelaksanaan hudud Islam yang disyariatkan oleh Allah SWT itu?

Inikah yang dapat difahami bukan Islam negara ini setelah berkawan selama lebih 60 tahun dengan Umno?

Apakah rujukan mereka tentang hudud hanya melalui lidah rasmi Umno?

Ke mana perginya suara-suara NGO Umno yang begitu lantang dalam isu gereja di Selangor dulu? Mana perginya gerombolan yang berdemonstrasi apabila azan Subuh tidak dikumandang melalui pembesar suara di Pulau Pinang?

Di mana menghilangnya kumpulan ultra-Melayu yang konon-kononnya begitu bernafsu mempertahan kan Islam ala Umno dulu, tetapi membisu apabila hukum Allah boleh diulas begitu saja oleh bukan Islam sekutu Umno?

Tidakkah bukan Islam berani berlaku biadab terhadap Islam setelah Umno sendiri bersifar kurang ajar?

Sumber berita dari Sdr Khairil Abdul Rahim
www.selamatkanpahang.blogspot.com

No comments: